suria

Aliff Syukri sokong artis pakai barang tiruan

PENGASAS kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkata tidak salah jika seseorang selebriti itu menggunakan barang berjenama tiruan mengikut pada kemampuan masing-masing.

Menurut Aliff, 31, dia juga pernah memakai barangan jenama tiruan ketika di awal pembabitan sebagai ahli perniagaan.

"Tak salah kalau mereka nak pakai gred AA sekalipun kalau itu yang mereka mampu. Mereka bukan merompak atau mencuri.

Aliff Syukri reda dengan kejadian kereta mewah jenis Ferrari miliknya terbakar pada Khamis lalu.

"Sejujurnya waktu mula-mula nak bisnes, saya pun pakai. Kalau kita jadi perempuan simpanan atau lelaki simpanan boleh lah nak pakai barang original.

"Jam tangan yang saya pakai ni pun paling murah RM100,000, bukan semua orang mampu beli," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia bersedia untuk menjual banglo mewah yang baru dibina awal tahun ini.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh pembeli.

'Istana' Aliff Syukri.

"Kalau ada yang berminat, saya nak jual lah. Saya nak jual RM43 juta lengkap dengan kelengkapan rumah.

"Saya nak beli hotel pula, jadi saya duduk di sana dan pekerja boleh dapat jana pendapatan sekali," ujarnya.

Rumah serba mewah diberi nama Aliff Syukri Palace itu terletak di Kota Damansara, Selangor.

Kediaman dengan rekaan Royal Modern Classic itu mempunyai 30 bilik tidur termasuk surau, gim dan bilik kebal.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Datuk Seri Aliff Syukri


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi