suria

Arja Lee ditahan di hospital gara-gara terlebih kerja

PELAKON Arja Lee terpaksa dimasukkan ke hospital selama tiga hari kerana beban kerja berlebihan sehingga mengganggu kesihatannya.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin bin Ramli, 35, berkata dia pada mulanya mengalami simptom kebas ditangan ketika memandu berseorangan.

“Jadual kerja terlalu padat, lalu doktor mengambil keputusan untuk menahan saya di hospital untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

“Pada mulanya saya sedang memandu seorang diri, namun secara tiba-tiba tangan saya berasa kebas sehingga gagal mengawal stering kereta dan saya sangat bernasib baik ketika itu berada berdekatan kawasan hospital,” ujarnya kepada mStar Online.

arja lee


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi