BELUM reda dengan tarian Kiki Challange yang menjadi ikutan ramai termasuk golongan selebriti, kini muncul satu lagi cabaran tarian yang diilhamkan daripada lagu Hajat nyanyian Hael Husaini.
Menggunakan hashtag #hajatdancechallange, aksi yang ditampilkan daripada muzik video Hael mula menjadi ikutan para peminat.
Hael atau Hal Husaini Razmi melancarkan single ketiganya itu minggu lalu.
Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 itu kini mengungguli carta trending di saluran Youtube sejak beberapa hari lalu.