suria

Berubah air muka Andi Bernadee ditanya soal wajah 'flawless'

SETELAH tular dengan video parodi lagu Tak Tun Tuang, penyanyi Andi Bernadee seakan-akan sudah hilang daripada industri seni.

Menjawab persoalan tersebut, Andi menjelaskan dia masih lagi aktif dengan karier nyanyian.

Ujarnya, dia kini sibuk mempersiapkan diri dalam program realiti nyanyian 'Big Stage'.

"Mana ada hilang, saya ada lagi di sini. Sekarang ni sibuk dengan penggambaran program televisyen untuk siaran Astro.

Andi Bernadee antara peserta program realiti Big Stage.

"Terkini saya menyertai program nyanyian Big Stage yang akan memulakan saingan 5 Ogos ini," katanya kepada mStar Online.

Ketika pertemuan itu, wajah Andi dilihat lebih bersih dan flawless. Wah, ada menggunakan apa-apa produk kecantikan ke?

"Eh, mana ada, saya tak guna apa-apa produk pun. Macam biasa sahaja.

"Cuma saya ada ke gim untuk mengekalkan stamina sebelum pertandingan nyanyian itu.

"Pergi gim bukan sebab nak sado ya! Badan saya tak boleh besar sangat, nanti macam anak panda pula," guraunya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Andi Bernadee, Big Stage


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi