suria

Tak ada hadiah mahal, Achey sambut hari lahir dengan air mata

SAMBUTAN hari ulang tahun kelahiran pelawak Achey bertukar hiba apabila dia tidak dapat menahan sebak menerima 'hadiah' paling bernilai daripada isterinya, Nor Hasanah Yahaya.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah menerima kejutan tersebut bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32.

“Ini tahun kedua saya tidak dapat sambut birthday awak, saya minta maaf.

“Saya tak dapat beri hadiah lebih mahal, ini sahaja hadiah berrnilai yang saya ada sekarang ini,” ujar Hasanah kepada suaminya itu.

Penyanyi lagu Yang Terindah ini kelihatan tidak dapat menahan sebak melihat anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang diletakkan di bawah tudung saji dengan nota "happy birthday ayah".

Sebelum ini, Achey dan isterinya menunggu lapan tahun untuk menimang cahaya mata.

Namun akhirnya Achey mengumumkan kehadiran Tiara dalam keluarganya pada Mei lalu

Achey


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi