suria

Tajul mengaku tertekan masuk 'Big Stage', tapi tebalkan muka sebab nak mencuba

ADA peminat berasakan Tajul tidak sesuai menyertai Big Stage dan hanya akan mengundang malu jika tersingkir awal.

Lebih-lebih lagi, penyanyi lagu Melamar Rindu ini sudah mempunyai nama dalam industri dan memiliki kelompok peminat tersendiri.

Menurut Tajul, dia tidak malu menyertai program tersebut dan menganggap ia sebagai proses memantapkan karier nyanyian.

"Saya tak perlu rasa malu menyertai program ini kerana saya nak cabar diri kerana banyak yang saya boleh belajar di sini.

"Saya bukan penyanyi yang datang dari program realiti, sebab itu saya teringin nak masuk pertandingan begini untuk lihat kemampuan saya.

"Kalau ada rezeki mungkin sampai ke final, tapi jika terhenti dipertengahan jalan, saya terima dan anggap akan ada rezeki lain selepas ini," katanya kepada mStar Online.

Tajul ditemui selepas konsert Big Stage yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

Dalam persembahan minggu ketiga itu, Tajul bergandingan bersama penyanyi Wany Hasrita menerusi lagu Rahsia Hati.

Tajul bersama dua lagi penyanyi iaitu Andi Bernadee dan Afieq Shazwan tersenarai antara tiga peserta dengan markah terendah.

Nasib tidak menyebelahi Andi Bernadee apabila dia diumumkan tersingkir.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Tajul, Big Stage


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi