suria

Terpaksa buang sista ovari sebesar bola tenis, penyampai radio bagi peringatan untuk wanita

PENYAMPAI radio Era, Hani Fadzil adalah antara wanita yang berhadapan masalah ketumbuhan sista pada ovari hingga perlu menjalani pembedahan.

Hani atau Intan Farhani Fadzil, 27, yang baru menjalani pembedahan membuang sista di ovari kirinya pada Julai lalu berkata masalah itu akan memudaratkan sekiranya tidak ditangani dengan baik.

Hani menghidapi sista ovari buat kali kedua

"Ini kali kedua saya hadapi masalah cyst (sista) namun yang terbaru saya perlu jalani pembedahan untuk membuangnya. Kali ini saiznya berukuran tujuh sentimeter. Saya tergerak hati nak buat pemeriksaan walaupun tidak mengalami sebarang kesakitan.

“Doktor menyarankan saya membuat pembedahan untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku,” ujarnya kepada mStar Online.

Hani ditemui pada majlis sidang media filem Gol & Gincu Vol 2 yang bakal ditayangkan di pawagam pada 25 Oktober depan.

hani fadzil, cyst


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi