suria

Baru jadi 'rider' motosikal, Keena Mentor bongkar sikap pemandu wanita atas jalan

PENYANYI Keena mengakui semakin selesa dengan aktiviti permotoran yang disertainya sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun jelasnya, dia perlu sentiasa berwaspada kerana aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi sering tertedah dengan bahaya.

Cerita Keena atau Suriana Abdul Wahab, kemalangan membabitkan dua rakannya hingga meragut nyawa salah seorang daripada mereka membuatkan dia lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya.

"Memang terkejut apabila mendapat berita dua orang rakan baik mengalami kemalangan. Ia membuatkan saya terlalu takut, namun itu adalah salah satu risiko yan perlu aaya ambil sebagai seorang rider,” katanya kepada mStar Online.

Keena bersama motosikalnya

Keena yang juga bekas finalis program Mentor musim ketiga mula menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak dua tahun lalu.

Sementara itu pelakon filem It's The Moment Yang Arif berkongsi sikap buruk ramai pemandu di negara ini yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Malang tidak berbau, salah satu perkara yang saya sering saya lihat di jalan raya adalah sikap pemandu yang tidak memberi signal semasa membelok.

“Lebih teruk lagi ada antara mereka gemar menggunakan telefon semasa memandu sehingga membahayakan penunggang motosikal,” tambah Keena.

keena


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi