HUKUM bergaya tidak hanya terbatas kepada pemakaian barangan berjenama mewah dan mahal. Jika betul padanannya, sehelai jeans lusuh bersama kemeja-T polos mampu menyerlahkan gaya si pemakai.
Episod sulung segmen Korset X Pipe di mStar, kami tampilkan personaliti media sosial, Zay Bass yang gemar bergaya 'secara berlebihan' walaupun sekadar ingin bersosial di Pavilion!