suria

Lucu! Anwar 'bahankan' Azmin, Rafizi depan wartawan dalam sidang media

PETALING JAYA: Kemesraaan yang dipamerkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohd Rafizi Ramli memperlihatkan kedua-dua calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bertegang urat.

Kedua-dua mereka dilihat saling berbual tanpa rasa kekok sebelum bermulanya sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Jumaat.

Hubungan baik di hadapan para wartawan itu sekaligus menolak dakwaan kononnya mereka 'tidak sebulu' dalam persaingan merebut jawatan nombor dua dalam PKR.

Isu melibatkan Azmin dan Rafizi turut mendapat perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini sering dihujani dengan pelbagai pertanyaan khususnya mengenai siapa calon pilihannya dalam pemilihan parti akan datang.

Untuk rekod, pemilihan barisan kepimpinan PKR akan bermula 22 September ini hingga 21 Oktober depan.

Ketika sidang media bagi mengumumkan Anwar sebagai calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Ketua Umum PKR itu sempat mengusik Azmin dan Rafizi.

"Isu Rafizi dan Azmin anda tak tanya pula? Masa mereka tak duduk bersama, semua sibuk nak tanya.

"Ini masa mereka ada...nampak baik (tak tanya soalan). Anda (wartawan) tak suka nampak baik, suka nampak gaduh," kata Anwar berseloroh.

Kenyataan bersahaja Anwar itu mengundang gelak tawa Azmin dan Rafizi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta pemimpin PKR lain.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi