suria

“Memang saya bengang orang kata Saleem sudah tiada” - Syafiq Farhain

PENYANYI Syafiq Farhain mengakui naik berang dengan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kematian bapanya yang juga penyanyi lagenda, Saleem beberapa hari lalu.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim meluahkan perkara itu selepas bapanya yang juga penyanyi kumpulan Iklim mengalami kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang pada Khamis.

“Memang saya bengang dengan khabar palsu sebegini, asalkan terlantar di hospital sahaja pasti timbul khabar kematian dan sebagainya.

“Apa yang dikejar mereka (penyebar berita palsu) sebenarnya? Nak kejar likers? Tak dapat apa pun malah membuat orang bertambah marah, katanya kepada mStar Online.


Syafiq meminta agar orang ramai tidak menyebarkan berita palsau tentang Saleem

Penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini ditemui pada malam pentas akhir program Big Stage.

Syafiq, 24, menggondol tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Persembahan Syafiq Farhain melalui lagu Antara Hujan Dan Air Mata menyentuh hati juri

Dalam perkembangan lain, Syafiq turut menjelaskan keadaan Saleem kini stabil biarpun kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU)

“Kali pertama saya pergi melawat, ayah saya ditidurkan namun dia tetap kuat melawan kesakitan.

“Lawatan kali kedua pula matanya sudah boleh dibuka namun tidak boleh bercakap kerana ada tiub dimulutnya, namun keadanya kini stabil dengan bantuan mesin," tambah Syafiq.

syafiq farhain


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi