suria

Nampak seperti arwah bapa ada depan mata, Wani Kayrie tak pentingkan kualiti vokal

PENYANYI Wani Kayrie berkata dia tetap berpuas hati walaupun sekadar mendapat tempat keempat dalam program Big Stage yang berlangsung pada Ahad lalu.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 18, juga berkata dia akur apabila undian penonton menerusi aplikasi Tik Tok tidak memihak kepadanya hingga menjadi punca punca dia gagal meraih kedudukan yang lebih baik. “Setiap minggu saya mendapat tekanan kerana juri mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada saya. Namun saya sudah memberikan yang terbaik untuk pentas akhir ini.

“Bagaimanapun saya akur penonton mempunyai artis kegemaran mereka sendiri. Sebagai peserta kami sentiasa berikan yang terbaik untuk memikat hati juri serta penonton," katanya kepada mStar Online.


Luahan Wani di Instagram

Penyanyi lagu Jangan Jangan ini membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Sementara itu persembahan Wani menerusi lagu baharu berjudul Saat Terindah menyebabkan salah seorang juri tetap Big Stage, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak hingga mengalirkan air mata.

“Memang tak sangka persembahan itu membuat juri dan penonton mengalirkan air mata, saya sendiri terasa sukar untuk menahan sebak tambahan lagi apabila gambar arwah bapa ditayangkan sebelum persembahan bermula.

“Saya bayangkan arwah bapa sedang menonton persembahan tersebut dan sebab itulah saya gagal mengawal emosi,” tambah Wani.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi