suria

“Haram is haram bro!” - PU Amin mengaku paling galak tegur budaya songsang

TINDAKAN Pencetus Ummah (PU) Amin yang berani serta lantang menegur perlakuan beberapa individu terkenal di media sosial menjadi perhatian netizen.

Bagaimanapun pendekatan yang digunakan pendakwah muda itu dalam menyampaikan ilmu agama menerima pelbagai reaksi masyarakat.

Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim mengakui sedar mengenai perasaan rasa kurang senang segelintir pihak terhadap kelantangannya.

“Mungkin kerana daripada awal saya 'galak' menegur beberapa individu melalui media sosial sehinggakan jika timbul isu panas terutamanya berkaitan perkara songsang, orang akan nampak (kaitkan) PU Amin.

“Namun itulah nilai yang diinginkan pengikut (media sosial) saya, mereka tidak mahu melihat saya membuat rebiu produk mahupun iklan tetapi mereka mahu mengetahui perkara bermanfaat yang saya akan utarakan," katanya.

Menerusi segmen Ceritera kali ini, PU Amin berkongsi mengenai situasi dan cabaran yang dihadapi golongan pendakwah sepertinya pada masa ini.

#ceritera, pu amin, aliff syukri


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi