suria

Dulu orang tak pandang pun, kini ramai gadis 'himpit' Yazid Izaham

PENYANYI muda Yazid Izaham mengakui mula menjadi perhatian para gadis di kolej selepas mula dikenali sebagai penyanyi.

Yazid atau Muhammad Yazid Mohd Izaham berkata, penerimaan rakan-rakan di kolej juga berbeza selepas dia melancarkan single kedua berjudul Apa Salahku.

Yazid akui mula 'dihimpit' rakan kolej

“Banyak perubahan berlaku di tempat saya belajar terutamanya apabila ramai pelajar perempuan mula menghantar mesej di Instagram untuk berkenalan dengan lebih rapat.

“Ia sebenarnya agak melucukan kerana sebelum jadi penyanyi orang tak layan saya pun," katnya kepada mStar Online.

Yazid, 20, mula menjadi perhatian peminat muzik tempatan apabila single pertamanya berjudul berjudul Mudahnya Kau Berubah mendapat sambutan memberangsangkan.

Dia yang juga penuntut tahun akhir jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) ini sedang rancak mempromosikan single keduanya berjudul Apa Salahku.

Single Mudahnya Kau Berubah mengangkat nama Yazid

Sementara itu jelas Yazid, dia juga tidak terlepas dengan ujian apabila ada pihak yang cemburu dengan pencapainya kini.

“Tak semuanya indah dan menarik. Ada juga perkara negatif yang berlaku selepas bergelar penyanyi.

“Tak pasti mengapa, muungkin mereka cemburu sehingga ada yang membuat andaian kononnya saya bukan pelajar yang baik dan hanya menunggu masa untuk tamatkan pengajian lebih awal," katanya.

yazid izaham


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi