suria

Singgah rumah Khai Bahar, merasa sardin dan telur dadar

PENYANYI Khai Bahar mendedahkan dia lebih selesa hanya berehat dan bersantai dirumah jika tiada aktiviti seni.

Menurut Khai, rumahnya itu menjadi tempat paling menenangkan dan membuatkan dia bebas daripada masalah kerja.

"Jika tiada jadual persembahan, saya memang banyak habiskan masa di rumah. Inilah tempat saya luangkan masa untuk berehat dan tenangkan diri.

"Kalau bosan, saya akan kemas rumah, memasak, tidur, tonton televisyen atau bermain alat muzik," katanya kepada mStar Online.

Khai banyak habiskan masa di rumah.

Khai ditemui semasa sesi rakaman program #Bizibody di kediamannya di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, penyanyi lagu #123 ini memberitahu ibu bapa dan keluarga kerap mengunjunginya di rumah tersebut.

"Selalunya, kedua ibu bapa dan adik beradik selalu datang ke rumah saya. Jadi, lebih senang kami berkumpul di sini.

"Kalau hujung minggu atau saya ada cuti panjang memang meriahlah rumah ini," katanya.

Khai Bahar


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi