suria

“Saya tak rasa saya bagus pun” - Farah Nabilah

PELAKON Farah Nabilah berkata komen pedas segelintir netizen membuatkan dia masih berasa gementar setiap kali ingin membawakan wataknya dalam lakonan.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin mendedahkan perkara terbabit selepas ditanya tentang kejayaannya merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31).

“Sampai sekarang pun saya masih belajar dan langsung tidak merasakan yang saya sudah cukup bagus.

“Malah masih berasa gementar setiap kali menerima skrip baru dan ketika menjalani pengambaran, saya cuba tidak ambil mudah perkara itu kerana zaman sekarang komen netizen semakin hari semakin pedas,” katanya kepada mStar Online.

Saat manis diumum pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular

Farah, 26, ditemui pada sidang media sejurus menerima anugerah tersebut pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi ini juga menjelaskan dia masih dalam proses memperbaiki mutu lakonannya dan tidak mengharapkan populariti semata-mata.


Farah Nabilah bersama trofi Artis Baru Wanita Popular ABPBH31

“Bila jadi selebriti ni kita tidak boleh harapkan populariti semata-mata, jadi dengan cara menghargai peminat dan membalas semula jasa mereka adalah cara untuk kekal relevan dalam industri.

“Saya juga dalam usaha untuk memastikan lakonan saya mendapat komen positif peminat, maklumlah saya sering dikritik sebagai pelakon 'kayu' diawal pembabitan dalam bidang lakonan,” tambah Farah.

farah nabilah, ABPBH31


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi