suria

Pelawak Chot tak sangka hadiah set pengurusan jenazah mungkin petanda anak dijemput Ilahi

HADIAH set pengurusan jenazah yang diterima pelawak Chot akan menjadi ingatkan dia dan isteri selepas anak sulung mereka meninggal dunia pada Isnin lalu.

Menurut Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan, dia tidak menyangka hadiah ketika menyertai pertandingan pencarian penyampai radio Melaka FM beberapa bulan lalu adalah petanda anaknya akan pergi buat selama-lamanya.

Chot berkongsi saat dia menerima hadiah berupa set kelengkapan pengurusan jenazah.

"Apabila terkenang kembali, ada hikmah apabila saya menerima set kelengkapan pengurusan jenazah itu.

"Masa itu isteri saya sedang mengandungkan Allahyarham Harraz,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Bayi Chot yang juga ahli kumpulan XOXO iaitu Muhd Sher Harraz, meninggal dunia disebabkan masalah injap jantung terbalik pada usia empat bulan.

Penyampai radio Melaka FM ini bagaimanapun menjelaskan set kelengkapan pengurusan jenazah itu tidak sempat digunakan untuk menguruskan arwah anaknya.

Set kelengkapan pengurusan jenazah yang diterima

“Sebenarnya tak sempat nak gunakan kelengkapan tersebut untuk Harraz.

"Mungkin Allah mahu kami simpan kelengkapan tersebut sebagai kenangan buat saya," katanya.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi