suria

Kecik jadi vokalis baru Kristal, janji tak sia-siakan peluang kedua

KUMPULAN rock Kristal mengumumkan bekas anggota Hyper Act, Kecik sebagai vokalis terbaru mereka selepas hampir setahun tanpa penyanyi utama.

Bagi Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin, 24, dia menyifatkan penyertaannya dalam Kristal sebagai 'peluang kedua' baginya selepas terpalit pelbagai kontroversi sebelum ini.

Barisan anggota kumpulan Kristal

"Saya sudah lupakan kes terdahulu. Rezeki bukan di tangan manusia sebaliknya daripada tuhan.

"Saya nak lupakan isu-isu lama. Saya tak pasti apa puncanya hingga mereka sanggup mencipta masalah untuk menjatuhkan saya," katanya kepada mStar Online.

Kecik sedia naikkan nama Kristal

Penyanyi asal Kristal, Lan, mengambil keputusan meninggalkan kumpulan tersebut selepas berlaku krisis dalaman pada November tahun lalu.

Sementara itu Rody berkata pemilihan Kecik sebagai anggota baharu mereka adalah tepat memandangkan dia mempunyai kualiti suara yang baik.

Kristal muncul dengan single terbaru berjudul Cintaku Kristal

"Kalau digilap lagi, dia boleh jadi lebih baik. Tapi jangan bandingkan Kecik dengan orang lama kerana dia ada kelebihan tersendiri.

"Biasalah bila kita tukar 'benda' baru sahaja pasti ada suara yang bandingkan dengan yang terdahulu. Namun saya nampak lebih banyak ke arah positif kerana ramai yang suka dengan suara Kecik," ujar Rody.

Dalam pada itu, Kristal turut melancarkan single terbaharu mereka berjudul Cintaku Kristal.

kristal


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi