suria

Kos kahwin mahal, Haqiem Rusli jual burger nak kumpul duit

PENYANYI Haqiem Rusli meneruskan minatnya dalam bidang perniagaan dengan membuka sebuah gerai burger.

Bagaimanapun menurut Haqiem, 20, dia diuji apabila gerai yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu terjejas selepas dilanda ribut dan hujan lebat.

Gerai burger YTJT milik Haqiem Rusli

"Hari pertama berniaga gerai burger saya sudah diuji dengan ribut dan hujan lebat. Kucar kacir sikit kerana gerai itu juga kekurangan kanopi untuk berlindung.

“Namun saya tidak patah semangat kerana saya dapat rasa kesusahan berniaga. Ia membuatkan saya bertekad untuk berusaha lebih keras," katanya kepada mStar Online.

Mac lalu Haqiem menubuhkan sebuah Studio E-Gaming dikenali sebagai YTJT Gaming Studio.

Haqiem melayan peminat yang berkunjung ke gerainya

Bercerita mengenai sambutan terhadap gerai tersebut, Haqiem bersyukur kerana ia menerima maklum balas positif dan sokongan peminat.

"Ramai juga peminat perempuan yang datang untuk beri sokongan terhadap perniagaan burger saya. Lebih mengejutkan ada yang datang daripada luar kawasan," katanya.

haqiem rusli


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi