suria

"Otot saya lebih cepat besar berbanding Zizan" - Shaheizy Sam kongsi pengalaman 'buat badan'

PELAKON utama filem Polis Evo 2, Shaheizy Sam berkata dia mengambil masa hampir 15 bulan bagi melakukan persediaan bagi menjayakan filem sekual itu.

Sam, 36, menjelaskan ia termasuk proses untuk membina otot bagi memenuhi permintaan skrip.

Namun katanya, dia tidak berhadapan kesukaran untuk berbuat demikian kerana pernah memiliki bentuk tubuh seperti itu sekitar tahun 2000.

Tubuh kurus Shaheizy Sam semasa pengambaran filem Pinjamkan Hatiku

“Otot manusia saya sudah ada memori dan saya mengambil kira-kira enam bulan untuk mendapatkan tubuh badan yang bersesuaian untuk filem ini.

“Kalau nak diikutkan dalam filem Pinjamkan Hatiku yang dikeluarkan tahun lalu, saya mengamalkan diet drastik sehinggakan kelihatan sangat kurus.

Sam (kiri) semasa dalam persediaan menjalani pengambaran Polis Evo 2

"Saya sedar ia mungkin tidak sihat apabila membuat perubahan mendadak terhadap tubuh badan namun ia adalah salah satu cabaran seorang pelakon," katanya kepada mStar Online.

Sam ditemui ketika majlis tayangan perdana filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew itu pada Rabu.

Sementara itu dia turut meluahkan kerisauan jika filem aksi ini gagal mendapat tempat dihati peminat.

Salah satu babak dalam filem Polis Evo 2

“Pasti ada kerisauan tersebut, kita sendiri pernah dengar tersebut terjadi kepada filem-filem lain.

“Tetapi secara peribadi saya merasakan Polis Evo 2 amat berbaloi dan ia sebenarnya adalah upgrade kepada Polis Evo yang pertama," katanya.

shaheizy sam, polis evo 2


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi