suria

Dulu tak dapat perhatian, sekarang 'followers' Billy Zulkarnain naik mendadak

PENYANYI duo Billy Zulkarnain enggan mengambil masa yang lama untuk muncul dengan single terbaharu selepas kali terakhir menghasilkan album 13 tahun lalu.

Billy Zulkarnain yang dianggotai Sheikh Ahmad Rabily Al-Mahrus dan Mior Zulkarnain Zamhuri berkata populariti yang dikecapi selepas menyertai program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) perlu digunakan sebaik mungkin.

Duo Billy Zulkarnain 'menjadi' di GV5

“Secepat mungkin kita akan keluarkan single. Kami nak terus promosikan jenama 'Billy Zulkarnain'.

"Dulu waktu diawal kemunculan, kami tak sempat nak buat promosi kerana perjalanannya pendek," kata Billy Zulkarnain kepada mStar Online.

Bagaimanapun duo yang terkenal dengan lagu Hati Terluka ini berkata mereka tidak bercadang untuk menjadikan bidang nyanyian sebagai karier sepenuh masa.

Billy Zulkarnain semasa duet bersama Idayu menyampaikan lagu Curiga

“Masing-masing ada tanggungjawab terhadap kerjaya (tetap) ketika ini.

“Menyanyi adalah minat, namun kalau kita boleh jana pendapatan dengan nyanyian... mengapa tidak," katanya.

billy zulkarnain, gv5


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi