suria

Lain macam cara Fizi Ali & Shakilla Khoriri bergurau, tak sabar nak timang anak!

PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali memberitahu kandungan isterinya iaitu Shakilla Khoriri yang dilaporkan dalam keadaan songsang, baru-baru ini sudah kembali normal.

Menurut Fizi, bayi yang dikandungkan itu sihat dan dijangka lahir pada Mac, tahun depan.

"Mungkin sebab Shakilla alami sakit perut kerana keracunan makanan dan cirit-birit menyebabkan baby bergerak, tapi pemeriksaan terbaru bayi sudah kembali kedudukan asal.

"Masa doktor kata songsang tu risau juga, sebab kalau boleh kami nak anak pertama lahir secara normal.

"Insya-Allah... anak ini dijangka lahir pada Mac tahun depan dan kami memang tak sabar menantikan kehadirannya," katanya kepada mStar Online.

Fizi dan Shakilla ditemui semasa Parti Ulang tahun ke-11 Suria FM yang diadakan di restoran Tony Roma's, cawangan Setia City Mall, Setia Alam, Selangor.

Sementara itu, Shakilla pula memaklumkan dia kini sudah mula bercuti dan berehat daripada sebarang projek lakonan.

Ini berikutan dia mahu memberi tumpuan dan persediaan bergelar ibu.

Fizi Ali, Shakilla Khoriri


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi