suria

Perempuan nampak lebih cantik pakai bulu mata palsu? Kami cuba buktikan persepsi itu salah

TIDAK hanya bertumpu pada busana indah, solekan wajah juga memainkan peranan penting dalam menaikkan seri pengantin.

Solekan tebal, bulu mata palsu dan kanta lekap misalnya sering disifatkan sebagai pelengkap kepada solekan masa kini sehingga mampu mengubah rupa sebenar seseorang.

Bagaimanapun menurut jurusolek perkahwinan, Intan Nabila Syafinaz Kaharuddin, 24, solekan natural tanpa menggunakan bulu mata palsu atau kanta lekap juga mempu memberikan persona tersendiri.

"Sebenarnya untuk membuat solekan tampak natural adalah lebih sukar berbanding solekan biasa yang sering dilakukan.

"Seseorang jurusolek perlu melakukan extra work untuk mendapatkan hasil solekan natural. Paling susah untuk mendapatkan tona yang paling hampir dengan warna kulit seseorang selepas proses menutup cela pada wajah dilakukan," ujarnya ketika ditemui mStar Online.

Mengulas mengenai trend terkini solekan pengantin, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata kebanyakkan pelanggannya mahu sesuatu yang lebih sederhana namun menyerlah di hari bahagia mereka.

"Jika sebelum ini ramai wanita memilih untuk mengenakan solekan yang agak bold, tetapi kini ia berubah kepada solekan yang kelihatan seperti 'no makeup',".

"Malah penggunaan kata lekap dan bulu mata palsu juga mula menjadi pertimbangan ratu sehari. Tidak seperti dulu, pengantin akan ikut sahaja apa yang dicadangkan oleh jurusolek sehingga hasil solekan mampu mengubah rupa paras seseorang," katanya.

Bagaimanapun jelas Intan yang berpengalaman hampir lapan tahun dalam bidang kecantikan, dia akan mencadangkan agar pengantin mengenakan kanta lekap.

"Kanta lekap akan memberi kesan yang lebih menawan, namun saya akan pastikan warna yang digunakan tidak keterlaluan.

"Namun isu bulu mata palsu agak sensitif, jadi ia bergantung kepada pilihan wanita itu sendiri. Bagaimanapun penggunaan maskara yang betul mampu memberi kesan yang hampir sama jika mengenakan bulu mata palsu," katanya.

Intan Kaharuddin, solekan, pengantin


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi