suria

Apabila geng selebriti jadi ekor Harimau Malaya

DEBARAN menjelang sepak mula perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 pada pukul 8.30 malam Selasa makin terasa.

Penyokong skuad Harimau Malaya dari seluruh negara pastinya sudah bersiap-sedia dengan tiket masing-masing untuk menghangatkan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Aksi final bertemu Vietnam paling dinanti-nantikan selepas Malaysia berjaya mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok minggu lalu.

Netizen turut memeriahkan media sosial dengan pelbagai posting sebagai tanda sokongan kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu.

Selebriti tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Janna Nick, Ismail Izzani, Nabila Razali, Akim Ahmad dan Wani Kayrie tidak ketinggalan menyatakan sokongan mereka.

Masing-masing mengharapkan skuad kebangsaan melakukan yang terbaik demi Malaysia!

AFF Suzuki, Piala AFF Suzuki


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi