suria

"Ingat tomboi ke nak pakai sport shoes?" - Che Ta komen melaram sakan pergi stadium

KEMUNCULAN pelakon Rozita Che Wan di stadium bagi menonton perlawanan peringkat separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Thailand Sabtu lalu menjadi buah mulut ramai.

Rata-rata netizen 'tak senang duduk' melihat Rozita atau Che Ta tampil dengan imej berkasut tumit tinggi serta solekan tebal lengkap dengan bulu mata palsu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun katanya, dia selesa dengan penampilan sebegitu dan beranggapan premis seperti stadium bukan halangan untuk bergaya sakan.

"Apa masalahnya kalau pakai boot untuk tengok bola. Saya yang pakai kenapa anda yang nak komen berpeluh atau tidak.

"Setitik peluh pun tak pernah keluar macam mana mereka tahu saya berpeluh.

"Lagipun saya dapat tiket VIP, tak perlulah nak beratur panjang sebelum masuk stadium," katanya.

Rozita hadir menonton perlawanan yang menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan itu ditemani suami, Zain Saidin.

Bercerita mengenai kasut potongan boot bertumit tinggi yang digayakan dengan seluar ketat berwarna hitam, Rozita berkata imej berkenaan tidak menyukarkannya untuk berjalan.

"Itu saya rasa penampilan paling biasa. Saya tak biasa pakai sport shoes... ingat tomboi ke nak pakai sport shoes?" katanya berseloroh.

Rozita Che Wan, Che Ta, Piala AFF


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi