suria

Tak payah suruh, Jihan dah tahu bila nak masak - Ungku Hariz kagum perubahan isteri

PELAKON Ungku Hariz berkata dia melihat beberapa perubahan pada isterinya yang juga pengacara, Jihan Muse.

Menurut pelakon utama telefilem Berani Jadi Papa ini, sifat keibuan Jihan semakin menyerlah sejak mereka menimang cahaya mata sulung bernama Ungku Arsalan Haq yang kini berusia 10 bulan.

"Sifat keibuan itu semakin menyerlah pada diri Jihan, contohnya, sekarang ni kalau memasak tak perlu suruh atau tak perlu tanya, dia akan buat.

"Keduanya waktu tidur, kalau anak dah bangun pagi-pagi, dia akan bangun sama, uruskan hal anak dan siapkan sarapan untuk kami.

"Saya dan Jihan agak sibuk, jadual kami tak sama, jadi kalau ada masa memang kita akan luangkan masa berkualiti bersama," katanya kepada mStar Online.

Ungku Hariz ditemui semasa tayangan telefilem Berani Jadi Papa yang diadakan di TGV Cinemas, One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Teraju utama Berani Jadi Papa. Dari kiri, Awie, Rykarl dan Ungku Hariz.

Telefilem arahan Umi Salwana itu mengisahkan tentang seorang anak dan bapa yang perlu menjalani kehidupan dari tubuh yang berbeza.

"Watak sebagai bapa dalam telefilem ini agak mencabar kerana saya perlu bertukar karakter dengan anak, lakonan Rykarl tetapi menarik sebab jarang ada cerita begini di Malaysia.

"Kami juga menjalani latihan sebelum penggambaran bagi memastikan watak itu dibawa dengan baik.

"Orang ramai kena tonton cerita ini bersempena cuti sekolah kerana ia sarat dengan mesej dan sesuai untuk hiburan keluarga.

Ia turut dibintangi oleh Datuk Awie dan Rykarl Iskandar. Berani Jadi Papa ditayangkan secara eksklusif di Astro First bermula hari ini.

Ungku Hariz, Jihan Muse


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi