suria

Siti Nurhaliza tak izin akaun palsu guna gambar anak untuk jual produk

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata dia tidak kisah dengan kemunculan banyak akaun Instagram yang menggunakan nama dan gambar anaknya iaitu Siti Aafiyah.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Anta Permana ini melarang mana-mana individu mewujudkan akaun tersebut dengan niat untuk menjual produk.

"Banyak fake account menggunakan nama Aafiyah di Instagram, kalau mereka cipta sekadar untuk abadikan foto sahaja tak ada masalah.

"Tapi saya tak nak mereka menggunakan akaun tersebut untuk menjual produk dan barangan contohnya telefon bimbit," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Siti memberitahu dia masih belum terfikir untuk mewujudkan satu akaun khas buat puteri sulungnya itu.

"Buat masa ni saya belum nak buat lagi Instagram dia. Lagi pun ayah dia, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kalau boleh tak mahu Aafiyah terlalu expose.

"Gambar Aafiyah yang dimuat naik di Instagram juga saya post setelah mendapat keizinan suami," ujarnya.

Siti ditemui semasa pelancaran kempen SimplySiti Di Hati 2018 yang merupakan sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mengumpul dana untuk disumbangkan kepada pesakit jantung dengan kerjasama Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

"Untuk setiap pembelian rangkaian produk SimplySiti melebihi RM100, sebanyak RM5 akan disalurkan kepada Yayasan IJN.

"Oleh itu, orang ramai dan pengguna produk ini boleh menyertai kempen tersebut bagi meringankan beban keluarga pesakit, sambil membeli sambil beramal," katanya.

Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi