suria

Teringin nak makan ayam belanda? Lucky Peaches ada menu istimewa

BERBAKI beberapa hari lagi penganut Kristian seluruh dunia akan meraikan sambutan Hari Natal, ia juga menandakan tahun 2018 bakal melabuhkan tirai.

Hidangan tradisi seperti ayam belanda panggang tentunya menjadi elemen wajib setiap kali tibanya perayaan yang jatuh pada tarikh 25 Disember setiap tahun itu.

Sempena sambutannya tahun ini, Restoran Lucky Peaches memperkenalkan beberapa menu istimewa menerusi Kissmas Feast yang disesuaikan dengan citarasa Asia khusus buat pengunjung Muslim.

"Kami sangat menitikberatkan cara penyediaan ayam belanda kerana cara memasak ayam belanda berbeza berbanding ayam biasa. Ini kerana ayam belanda mempunyai isi yang agak kenyal dan kurang berlemak.

"Untuk mendapatkan tekstur ayam yang lembut, ia akan diperap menggunakan ramuan istimewa selama 24 jam sebelum dipanggang," demikian menurut pemilik Lucky Peaches, Ling Ang.

Suasana santai dengan dekorasi industri serta perkhidmatan yang mesra dan cekap menjadikan restoran yang terletak di Plaza Arkadia, Desa ParkCity, Petaling Jaya ini destinasi pilihan buat anda meraikan sambutan ulang tahun bersama rakan-rakan dan keluarga.

Pengunjung yang hadir boleh mencuba Foie Gras Dumpling (dumpling hati itik) yang dimasak dengan halia cuka hitam atau sup kupang berkrim bersama ebiko (telur udang) dan dimakan bersama roti sourdough (doh masam) sebagai starter.

Bagi hidangan utama, menu wajib cuba tentunya ayam belanda panggang, lamb chops dan pasta pedas ala Jepun.

Ayam belanda dihidang bersama kentang bakar, roti, lobak merah, tomato dan dilimpahi sos buah kranberi dan brown source (sos perang), pastinya membuatkan anda terliur!

Selain itu, anda juga boleh mencuba pasta udang (scampi pasta) pedas ala Jepun snek rumpai laut (seaweed) dan ebiko (telur udang) sebagai topping.

Oh ya! Bagi peminat hidangan kambing, lamb chops yang dibakar sempurna dan dihidangkan bersama sos mint chimichurri dan pomegranate raita yang masam-masam masin, sememangnya kombinasi yang begitu sempurna.

Nampaknya Kissmass Feast tidak akan sempurna tanpa hidangan pencuci mulut yang lazat.

Bagi mereka yang sukakan coklat dan sesuatu yang manis, anda boleh mencuba Dark Chocolate Tart yang dihidangkan bersama ais krim Bailey atau anda boleh cuba sorbet buah jambu feijoa dan pear untuk sesuatu yang lebih segar.

Lucky Peaches, krismas, ayam belanda


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi