suria

Ramai tertanya-tanya mengapa Yuna rakam video muzik sampai ke Perlis

PENYANYI yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat bakal melancarkan single terbaharunya berjudul Forevermore pada Februari depan.

Yuna atau Yunalis Zarai memilih untuk menjalani penggambaran video muzik tersebut yang berlatarbelakangkan sawah padi di Perlis.

Tambah Yuna, negeri tersebut menyimpan nostalgia tersendiri buat dirinya yang pernah membesar dan bersekolah di sana.

"Mungkin ada yang skeptikal dengan bertanya mengapa nak buat di Perlis. Tapi bagi saya negeri itu sangat cantik.

"Saya habiskan tempoh bersekolah peringkat menengah di Perlis. Ia bolehkan dikatakan antara pengalaman terbaik dalam hidup saya," katanya.

Lagu yang memberi inspirasi dan mengandungi mesej perpaduan rakyat itu turut diarahkan oleh suaminya, Adam Sinclair.

Yuna, Forevermore


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi