suria

Impian Andi Bernadee tunai umrah tercapai setelah setahun tertangguh

PENYANYI Andi Bernadee memaklumkan dia bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah pada Selasa ini.

Menurut Andi, dia sudah menyimpan niat tersebut sejak setahun yang lalu, namun terpaksa menangguhkannya kerana kesibukkan kerja.

"Selasa ini saya akan terbang ke Tanah Suci bagi melakukan ibadah umrah dan pulang ke Malaysia pada 1 Februari.

"Perancangan ini dah lama, sejak setahun lalu tapi agak sibuk dan terpaksa tangguh niat tersebut.

"Alhamdulillah, akhirnya impian saya ini tercapai pada awal tahun ini," katanya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Satu Peluang ini ditemui semasa sidang media pengumuman Senarai Top 5 ERA Digital Muzik Awards 2018 (EDMA 2018) yang diadakan di Red Box cawangan The Garden, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, Andi berkata dia sangat teruja kerana ini merupakan pengalaman pertamanya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.

"Saya sangat teruja, tak sabar untuk ke sana dan gunakan peluang ini untuk beribadat serta lupakan seketika tentang kerja," katanya.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online ini.

Andi Bernadee


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi