suria

'Wish list' 2019, Fazura harap cepat dapat anak

MEMASUKI tahun 2019, pelakon Nur Fazura memberitahu dia turut memiliki beberapa impian antaranya memiliki zuriat.

Menurut Fazura, dia menyedari ramai peminat mengharapkan dia dan suami, Fattah Amin dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

"Tahun 2019 ini semestinya saya mahu terus berjaya dan cemerlang dalam karier seni. Saya mahu menjadi seorang manusia yang lebih baik dan lebih menyayangi orang lain.

"Selain itu, saya dan suami mahu membina keluarga bahagia dan semestinya mahu dikurniakan cahaya mata.

"Saya sedar ramai peminat tak sabar. Terima kasih kerana mendoakan kami. Saya percaya apabila masa itu sesuai doa kita semua akan dimakbulkan Allah SWT," katanya kepada mStar Online.

Fazura ditemui semasa majlis pra-tonton video muzik lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Can't Forget Me yang diadakan di Lightbox, Sungai Buloh, Selangor pada Khamis.

Lagu tersebut merupakan ciptaan sulung Fazura dengan kerjasama Willy Beaman dan Cameron Forbes berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Ia direkodkan dalam tempoh kurang daripada 24 jam ketika lawatan Fazura ke Los Angeles dan boleh dimuat turun menerusi platform digital bermula 18 Januari depan.

Dalam majlis yang sama, Fazura turut menerima anugerah Platinum menerusi jualan album bertajuk Fazura yang turut membariskan lagu seperti Sayangi Dirimu.

Sementara itu, Fazura turut memberitahu dia ada menulis lirik untuk sebuah lagu yang dicipta khas untuk suami tersayang.

Fazura, Fattah Amin


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi