suria

Dulu ‘ulat beluncas', sekarang tarian As’ad Motawh dah berubah

PENYANYI As'ad Motawh menerima kritikan netizen dengan hati terbuka berhubung gaya tariannya yang dikatakan seakan 'ulat beluncas'.

Menurut As'ad, 18, dia menyedari mengenai hal itu dan mengakui sedang mempelajari banyak perkara termasuklah berkaitan tarian dan persembahan.

"Saya tahu tentang itu dan ia perkara lalu. Sekarang ini saya sedang menuju ke depan dan mempelajari banyak perkara termasuklah gaya tarian baru.

"Saya terima kritikan mereka dengan hati terbuka. Tanpa mereka, saya tidak tahu sama ada apa yang saya buat itu betul atau salah.

"Walaupun mereka 'haters' sekalipun, mereka juga antara yang membantu saya sehingga berada di tahap ini," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, As'ad memaafkan individu yang mempersendakan tariannya itu di laman sosial.

Ujarnya, sebagai selebriti dia tidak boleh lari daripada kritikan dan kecaman.

Menerusi laman Twitter, beberapa akaun memuat naik video 'troll' mempersendakan tarian As'ad yang disifatkan sebagai tarian 'ulat beluncas'.

Asad Motawh


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi