suria

“Berlakon kayu korang kutuk, berlakon betul kena maki pula!” - Syazwan Zulkifly

GARA-GARA watak Pali yang dilakonkan dalam drama Pujaan hati Kanda, pelakon Syazwan Zulkifly menerima kecaman penonton yang kurang senang dengan sikap panas barannya itu.

Menerusi siaran langsung di laman Instagram, aktor berusia 31 tahun itu berkongsi pandangan berhubung karakter lakonannya itu.

"Karakter tu saya dapat selepas pening kepala fikir nak bawa kelainan lakonan. Kelakar kan? Pali memang sewel, saya kena bawa watak sewel tu supaya tak nampak serius sangat. Saya tak nak orang stres sebab tu kita bagi kelakar dan gila-gila sikit.

"Bukan saya yang sewel... saya normal, janganlah pengaruh TV sangat, drama itu untuk menghiburkan bukan buat kita stres, jadi barulah ada warna dalam watak tu.

"Kalau cerita tu semua baik saja, apa yang korang nak berhiburnya, mestilah kena ada karakter jahat, kalau berlakon kayu korang kutuk, kalau jahat nanti korang maki pula," katanya.

Disebabkan watak tersebut, wujudnya tanda pagar (hashtag) Kecam Pali sehingga ia menjadi tular di laman Twitter.

Selain Syazwan, drama ini turut dibintangi oleh Mira Filzah membawakan watak Tiara dan Remy Ishak (Danny).

Pujaan Hati Kanda bersiaran menerusi slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 petang di TV3.

Syazwan Zulkifly


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi