suria

“Tolong jangan kaitkan agama dan bangsa” - Santesh tiada niat hina negara

PENYANYI Santesh berkata dia tidak berniat untuk membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia apabila mengenakan kemeja-t yang dikatakan menghina Jalur Gemilang.

Akui Santesh atau nama sebenarnya Shanthesh Kumar, dia terlepas pandang mengenai isu itu namun menegaskan ia tidak disengajakan.

Baju yang Santesh kenakan menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak

“Sikit pun saya tiada niat untuk mempermainkan bendera Malaysia dengan mengenakan baju yang mempunyai corak seakan Jalur Gemilang.

“Baju itu adalah hadiah seseorang. Melihat kepada rekaan yang unik, saya mengambil keputusan untuk memakainya ketika menghadiri persembahan.

"Tak sangka pula apabila program itu disiarkan ia menerima maklum balas negatif," katanya kepada mStar Online.

Isu ini timbul selepas Santesh tampil pada program hiburan yang disiarkan pada Ahad lalu dengan memakai baju yang memaparkan lukisan seperti bendera Malaysia.

Bagaimanapun kotak yang sepatutnya diletakkan bulan dan bintang telah digantikan dengan tanda pagar (#).

Santesh mohon maaf

Perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati peminat. 

Dalam pada itu penyanyi yang tular dengan lagu Amalina ini juga meluahkan rasa bingung kerana isu tersebut turut disensasikan hingga membabitkan agama dan bangsanya.

Rekaan baju yang digunakan Santesh

“Saya down, dua atau tiga hari ini aura negatif seakan mendekati saya.

“Sedih sangat apabila isu baju bertukar kepada masalah agama dan bangsa.

"Saya hormat negara ini, percayalah saya seorang individu yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi,” tambah Santesh.

santesh


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi