RAMAI pemain Ragnarok Online Mobile sibuk dengan aktiviti menaikkan level masing-masing.
Sebenarnya ramai yang tidak menyedari terdapat banyak aktiviti menyeronokkan seperti player versus player (PVP).
Bagaimanapun ramai antara kita memasuki PVP hanya untuk melepaskan geram dengan membunuh pemain lain.
Pasti anda tidak tahu sebenarnya dengan mengumpul fighter coin, kita boleh menebus peralatan rare tau!
Kali ini, Bora kongsikan cara untuk mengumpul fighter coin dan menebusnya di Prontera.