suria

Sengaja menyanyi tak pakai 'auto tune', Nabil Ahmad nak jual suara sebenar

PELAWAK Nabil Ahmad memberitahu dia tidak menggunakan sebarang suntingan suara dalam lagu terbaharunya berjudul Pening.

Menurut Nabil, nyanyiannya itu hanya sekadar suka-suka dan tidak pernah mengimpikan untuk meraih sebarang anugerah nyanyian.

"Masa menyanyikan lagu itu saya tengah pening dan ketika itu juga saya ambil keputusan untuk keluarkan lagu baru.

"Tapi nak beritahu yang saya tak pakai auto tune. Saya nak bagi orang dengar suara sebenar saya.

"Saja-saja menyanyi sebab pelawak bukan nak jual suara tapi nak kongsi komedi dalam lagu macam pernah dilakukan oleh Salih Yaacob dan Allahyarham Mr Os," katanya kepada mStar Online.

Mahu sampaikan komedi dalam lagu.

Dalam pada itu, pengacara program Meletop ini turut berasa terkilan kerana video muzik yang dimuat naik di laman Youtube pada Rabu lalu menghadapi masalah teknikal.

"Iyalah, laman Youtube ada masalah pada hari itu, jumlah tontonan tak dapat dibaca. Rupanya dah berpuluh ribu orang tonton!

"Tak apalah, anda semua boleh tonton semula di saluran Mixology Music ya," katanya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Nabil Ahmad


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi