suria

Kekasih bertunang dengan orang lain, Danial Zaini sedih cinta tak dipandang serius

PELAWAK Danial Zaini berkata dia akan lebih serius dalam menjalinkan hubungan cinta bagi mengelak episod sedih ditinggalkan kekasih kembali berulang.

Menurut Danial, kisah membabitkan seorang wanita yang dikenali sejak dua tahun lalu mengikat pertunangan dengan lelaki lain secara tiba-tiba banyak memberi pengajaran terhadapnya.

“Hanya masa yang dapat buat saya move on. Alhamdulillah saya masih ada keluarga dan teman baik yang sentiasa memberi semangat," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai sebab hubungannya dengan wanita berkenaan berakhir, Danial berkata ia membabitkan soal jodoh.

Luahan Danial di Instagram tentang kisah cintanya

"Saya dah cuba untuk bawa hubungan itu ke fasa lain termasuk merancang untuk bawa dia jumpa keluarga, namun ia tak kesampaian," katanya.

Tambah Danial lagi, mungkin sifatnya yang suka bergurau membuatkan orang lain sukar memahami isi hatinya.

"Saya ni pelawak, kalau cerita perkara serius pun orang ingat saya sedang melawak. Tapi tak mengapalah, saya anggap ini satu pengajaran," katanya.

Siti Bilang Cuti berjaya menembusi pasaran Indonesia

Dalam perkembangan lain, juara program Lawak Solo musim pertama ini menjelaskan dia langsung tidak menyangka single pertamanya berjudul Siti Bilang Cuti diterima baik pendengar termasuk di Indonesia.

"Sebenarnya lagu ini dihasilkan dengan niat untuk suka-suka, namun agak mengejutkan apabila ia menjadi trending pula di YouTube.

“Lebih luar biasa apabila lagu ciptaan Harry Khalifah itu mendapat perhatian meluas pendengar dan media di Indonesia," katanya.

danial zaini


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi