suria

#Bizibody: Seronok borak dengan Masya Masyitah, ibu pun boleh tahan 'sporting'

EPISOD #Bizibody minggu ini kita bersama penyanyi baharu, Masya Masyitah bersama ibunya Zalilah Mat Noor.

Dalam temubual program tersebut, Zalilah turut berkongsi mengenai karakter peribadi penyanyi lagu Halimunan itu.

"Masya seorang yang sangat ringkas, dari sudut pakaian dia tak memilih, asalkan cantik tak kisah murah atau mahal.

"Dia memang seorang anak yang manja dan di rumah bolehlah tolong-tolong mengemas, memasak dan pandai buat kek.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibu kenal kawan saya, lelaki mesej pun dia tahu” – Masya Masyitah

Masya bersama ibunya, Zalilah.

"Kalau ada waktu lapang, dia cari kawan dan main permainan PUBG. Tak apalah itu cara dia lepaskan tekanan untuk rehat-rehat tenangkan diri," katanya.

Dalam pada itu, Zalilah turut menyatakan syarat-syarat untuk bakal suami Masya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Masya Masyitah, Bizibody


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi