suria

Remy Ishak diminta buat parodi Si Nopal, nyanyi lagu ‘Bahenol’

BEBERAPA tahun lagi, pelakon Remy Ishak bakal memasuki usia 40 tahun dan dia mempunyai azam dan visi dalam hidup yang ingin dicapai.

Menjawab soalan peminat di Instagram, hero drama Pujaan Hati Kanda ini berkata dia sedang berusaha untuk memajukan karier seni dan kehidupannya.

"Bercakap fasal 10 tahun akan datang, saya cuba untuk jadi lebih bagus daripada sekarang, kehidupan yang lebih sukses tapi dalam keadaan lebih santai.

"Sekarang ini umur saya 37 tahun, saya rasa macam dah lambat nak ada semua di umur 40 tahun.

"Tapi saya harap ada kewangan yang stabil, karier dan famili. Saya nak tengok diri saya dalam lima hingga 10 tahun akan datang," katanya.

Dalam siaran langsung tersebut, ada juga pengikut yang meminta Remy menyanyikan lagu daripada animasi Si Nopal yang kini tular di laman sosial.

"Si Nopal ni siapa, kartun macam Upin Ipin? Nopal tu apa? Saya pula yang tanya kat sini," soalnya.

Rata-rata pengikut meninggalkan komen memuji cara aktor ini melayan peminatnya di Instagram.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Remy Ishak


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi