suria

Banyak 'gangguan', Misha Omar dedah hampir gagal bawa Sampai Bila dengan baik

PENYANYI Misha Omar mendedahkan dia hampir gagal membawa lagu nyanyiannya, Sampai Bila dengan baik semasa pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang berlangsung pada Ahad.

Misha, 37, berkata demikian selepas mengakui dia terbuai dengan emosi sepanjang waktu latihan sehingga gagal mendapat prestasi nyanyian yang dimahukannya.

“Sejujurnya saya terlalu larut dalam emosi semasa sesi latihan sehingga gagal mengimbangkan kualiti nyanyian, hanya pada malam ini saya berjaya mendapat kualiti nyanyian yang dimahukan.

“Malah saya turut berkongsi dengan komposer lagu ini dimana saya rasa terganggu dengan banyak perkara yang saya sendiri tidak pasti tentang apa,” kata Misha kepada mStar Online.


Misha Omar kelihatan sebak semasa membuat persembahan

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar ditemui pada majlis sidang media AJL33.

Dalam pada itu, dia turut mengakui tidak dapat menahan sebak semasa menyampaikan lagu ciptaan Sharon Paul, Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri itu.

Saat manis ketika diumumkan pemenang Vokal Terbaik AJL33

“Tangisan itu adalah kerana saya terlalu menjiwai lagu Sampai Bila ini, memang sedih jika kita amati satu persatu perkataan yang terkandung dalam lagu ini.

“Malah aura yang diberikan oleh seluruh penonton di stadium turut menambah kehibaan malah saya hampir gagal menamatkan lagu ini dengan baik,” tambah Misha.

misha omar, ajl33


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi