suria

Peminat tonton MV ‘Vroom Vroom’ sebab Ara Johari, bukan Nabila Razali

PENAMPILAN penyanyi Ara Johari dalam video muzik (MV) lagu terbaharu Nabila Razali berjudul Vroom Vroom ternyata mencuri perhatian netizen.

Rata-rata penonton meninggalkan komen memuji gaya lakonan Ara yang dilihat lebih santai dan bersahaja.

Menurut Ara, dia berasa teruja serta berbangga dengan pujian netizen itu dan berharap MV tersebut menjadi peluang untuknya mengasah bakat lakonan.

"Dalam MV itu ada lima artis dan instafamous, mungkin sebab itu mereka nak tengok. Sejujurnya, saya turut rasa bangga kerana berada dalam satu team itu.

"Semuanya berlaku dalam masa singkat, Nabila pelawa untuk berlakon dalam MV tersebut dan masa tu jadual pun tak sibuk jadi saya terus bersetuju.

"Secara tak langsung, menerusi MV tersebut saya dapat mengasah bakat lakonan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, ada juga penonton yang tertanya-tanya mengapa lagu terbaharunya, Paku seakan-akan kurang mendapat sambutan dan tiada publisiti meluas sejak ia dilancarkan pada November tahun lalu.

Menjelaskan tentang hal itu, Ara berkata dia bakal memulakan rangka promosi Paku setelah selesai program Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33).

"Selepas AJL ini kita akan mula fokus mempromosikan lagu Paku. Semoga orang ramai memberikan sambutan yang baik untuk lagu ini," ujarnya.

Lagu nyanyian Ara berjudul Bunga bakal berentap bersama 11 lagu lain di pentas AJL33 pada Ahad ini.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Ara Johari


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi