suria

“Dia tak menggatal” - Fieya Julia komen hubungan dengan Yazid Izaham

KERAP muncul bersama di majlis hiburan membuatkan sesetengah peminat berasakan penyanyi Yazid Izaham dan Fieya Julia sedang hangat menjalinkan hubungan cinta.

Menjelaskan status sebenar, Yazid memberitahu dia dan Fieya hanya berkawan rapat dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

"Kami kawan rapat sahaja, tak lebih daripada itu. Kami di bawah satu syarikat rakaman, sebab itu orang selalu nampak sekali.

"Kalau ikutkan dekat pejabat kita selalu berjumpa dan mungkin itu membuatkan kami rapat," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Fieya mengakui ikhlas bersahabat dengan jejaka berusia 21 tahun itu dan menyifatkan penyanyi tersebut mempunyai karakter serta peribadi menyenangkan.

"Yazid seorang yang baik, mudah berkerjasama dan saling membantu. Sebab itu saya selesa.

"Dia juga seorang lelaki yang tak gatal. Kalau tanya romantik atau tak... saya tak tahu fasal tu," katanya sambil tertawa.

Kedua-dua penyanyi yang merupakan artis rakaman di bawah label Aries Music ini memaklumkan bakal melancarkan lagu baharu masing-masing dalam tahun ini.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Fieya Julia, Yazid Izaham


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi