suria

Khai Bahar terima peminat jadi isteri, tak mahu memilih jodoh

SEBUT nama Khai Bahar, ramai mengetahui penyanyi ini merupakan salah seorang selebriti yang mempunyai kelompok peminat yang ramai.

Bagi menghargai peminat, Khai berkata dia kerap meluangkan masa bersama di Instagram dan jika ada kelapangan waktu mereka mengadakan pelbagai aktiviti luar.

"Saya sangat menghargai mereka yang memberikan sokongan dan kebahagian kepada saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Singgah rumah Khai Bahar, merasa sardin dan telur dadar

"Mereka sentiasa hadir menyokong di mana-mana acara bagi memeriahkan suasana.

"Apa yang boleh saya kata, pengorbanan mereka sangat saya hargai dan mereka akan terus menjadi kekuatan saya untuk terus berada dalam industri ini," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai jodoh, penyanyi lagu Luluh ini tidak menolak jika sudah tertulis bakal isterinya merupakan salah seorang peminatnya.

"Kita tak tahu kalau-kalau jodoh dengan peminat. Saya tak kisah tentang itu.

"Dengan sesiapa pun kita boleh kahwin, asalkan halal. Orang kata kalau ada jodoh tak kemana," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Khai Bahar


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi