suria

Orang tak tahu Caprice pernah lari dari rumah, curi RM300 sebab nak jadi artis

PENYANYI rap Caprice mengakui perjalanannya dalam bidang seni tidak bermula dengan baik apabila terpaksa mencuri wang daripada bapanya.

Cerita Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, wang berkenaan digunakan sebagai modal untuk memulakan kehidupan sebagai penyanyi.

"Tak ramai yang tahu saya pernah lari daripada rumah, curi RM300 daripada dompet ayah saya ketika mula-mula nak jadi artis," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun terang Caprice, cerita yang dikongsikannya itu hanya untuk membuka mata orang ramai khususnya generasi muda agar terus berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Caprice yang turut dikenali sebagai penceramah motivasi ditemui ketika majlis sidang media pelancaran program Sembang Bang Bang baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jijik guna alasan depresi untuk promosi lagu!” - Caprice berang tindakan Haqiem Rusli

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice cuba 'tackle' di Instagram, ini jawab Zizi Kirana!

Dalam pada itu Caprice turut menyatakan dia terharu apabila usahanya membantu generasi muda mendapat perhatian dan sokongan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Katanya, Mohd Redzuan menitiskan air mata ketika mereka menghadiri satu program bersama.

"Ketia berucap, beliau secara tiba-tiba mengalirkan air mata dan meluahkan rasa kagum dengan kegigihan saya.

"Apabila dia menangis, saya sedar bahawa beliau juga mahu semua orang berjaya. Beliau juga ada anak, jadi beliau terharu kerana ada generasi muda yang cuba untuk ubah cara rakyat Malaysia berfikir," katanya.

Caprice, Sembang Bang Bang


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi