suria

Duit banyak tak tahu nak buat apa, Usop nak beli rumah

PENYANYI Usop berkata dia mempunyai beberapa impian pada tahun 2019 ini.

Selain fokus karier nyanyian, Naib Juara Mentor Milenia 2017 ini berkata dia juga mempunyai keinginan untuk membawa keluarga menunaikan ibadah umrah dan membeli sebuah rumah.

"Pertamanya, saya berharap lagu nyanyian saya memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun depan sebab sekarang ini lagu Aku Yang Bersalah dah masuk pencalonan baru, Insya-Allah.

"Keduanya, saya ada niat nak bawa emak dan ayah menunaikan ibadah umrah.

"Saya juga ada impian nak beli rumah... tapi kalau duit banyak dan tak tahu nak buat apa lah!," katanya kepada mStar Online.

Usop ada impian dan matlamat.

Menyentuh mengenai single terbaharu berjudul Aku Yang Bersalah, penyanyi berusia 22 tahun ini bersyukur dengan penerimaan pendengar terhadap lagunya itu.

"Alhamdulillah, sambutan sangat baik. Hampir lima juta tontonan di Youtube. Saya harap semua menyukai lagu tersebut.

"Setelah hampir satu tahun setengah saya berdiam, ini adalah lagu buat peminat. Insya-Allah, akan ada sambungan lagu itu dalam single akan datang," katanya.

Tonton video yang disediakan mStar Online ini.

Usop


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi