suria

Berang gambar terlantar sakit disalah guna, Ifa Raziah bakal ambil tindakan tegas!

SELEBRITI versatil Ifa Raziah menegaskan dia akan megambil tindakan tegas terhadap peniaga atas talian yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.

Ifa, 44, berkata demikian selepas menyedari ada penjual produk kesihatan menggunakan gambar keadaannya yang terlantar sakit dua tahun lalu sebagai 'alat' untuk mempromosikan produk jualan mereka.

“Saya tidak kisah jika peniaga ini menggunakan wajah saya untuk mempromosikan produk kesihatan keluaran saya namun apa yang terjadi ialah mereka menggunakan gambar saya terlantar sakit beberapa tahun lalu untuk mempromosikan produk jualan mereka sendiri.

“Saya berasa amat tidak berpuas hati terhadap golongan peniaga sebegini, ini bukan perkara yang boleh dibuat main dan saya akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga serta syarikat yang mengeluarkan produk tersebut,” kata Ifa kepada mStar Online.

Pendedahan Ifa Raziah di Facebook

Melalui laman Facebook, penyanyi lagu Terus Terang ini turut menyangkal dakwaan berat badannya yang semakin menurun adalah kerana mengamalkan diet ekstrem.

Dalam pada itu, dia menyeru agar peniaga di atas talian agar tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan gambar selebriti untuk melariskan produk jualan mereka.

Ifa berjaya menurunkan hampir 30KG berat badannya

“Mereka siarkan gambar saya dengan mendakwa saya mengamalkan diet berlebihan dengan memakan telur sebanyak sepuluh biji setiap hari, saya mengakui perkara itu namun hanya untuk beberapa hari dan selebihnya adalah dengan mangamalkan produk pelangsingan jenama saya sendiri.

“Janganlah menangguk di air yang keruh, keuntungan yang diterima itu boleh dikatakan haram apabila menggunakan gambar saya tanpa kebenaran,” jelas Ifa.

ifa raziah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi