suria

#Bizibody: Kena sergah sebab nak 'spot check' beg Siti Saleha

EPISOD #Bizibody minggu ini kita selongkar tas tangan yang dibawa oleh pelakon cantik, Siti Saleha.

Menurut Saleha, dia seorang yang ringkas dan tidak membawa banyak barangan peribadi ketika berada di luar rumah.

Ujarnya, memadai membawa kad pengenalan diri, pelembab bibir (lipbalm) dan wang tunai.

"Powerbank untuk mengecas bateri telefon bimbit adalah benda wajib dibawa, barang ini penting kalau berada di luar rumah.

"Saya juga bawa dompet, kad pengenalan diri dan hanya bawa sedikit wang tunai.

"Macam hari ini, saya tak bawa alat mekap, cuma bawa lipbalm. Tentang pemilihan pakaian, saya seorang yang ringkas, pakai saja apa yang selesa," katanya kepada mStar Online.

Nak tengok apa lagi Saleha bawa? tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Bizibody, Siti Saleha


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi