suria

Outbreak cuba nasib jadi 'boyband' ala Backstreet Boys

KUMPULAN baharu dikenali sebagai Outbreak tidak sabar menanti kelahiran single pertama mereka yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Bagaimanapun menurut kumpulan yang dianggotai lima jejaka ini, kehadiran mereka dalam industri hiburan tempatan mula dikenali selepas aktif menyanyikan lagu 'cover' di YouTube dan Instagram.

“Ada yang tertanya-tanya, mengapa kami tidak keluarkan single sendiri walaupun sudah bergelar artis rakaman.

"Sebenarnya single pertama sudahpun dirakamkan namun masih menunggu waktu sesuai untuk dilancarkan. Semuanya bergantung kepada pihak pengurusan,” kata Outbreak kepada mStar Online.

Kumpulan yang dianggotai Adly, Shakirin, Zareef, Hakeem, dan Allif ini ditemui semasa sesi fotografi bersama mStar.

Dalam pada itu, mereka mendedahkan turut menjadikan beberapa boyband daripada luar negara sebagai idola.

“Kami menjadikan boyband seperti One Direction dan Backstreet Boys sebagai idola, jadi kami harap kemunculan kami dapat diterima baik peminat,” tambah Outbreak.

Outbreak, Beegood Music


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi