suria

Lebih baik jangan rancang, Siti Saleha suka redah kalau nak melancong

KESIBUKAN kerja membuatkan pelakon Siti Saleha dan suami menggunakan masa terluang dengan sebaik-baiknya.

Kata Saleha, kebanyakan aktiviti melancong dan mengembara bersama suami dilakukan tanpa perancangan awal dan dibuat pada saat-saat akhir.

"Kalau boleh saya dan suami nak luangkan masa bersama dengan mengembara di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha Tinggalkan Suami Demi Kerjaya

ARTIKEL BERKAITAN:“Boleh soal tentang anak tapi kena ada cara” - Siti Saleha

"Kami masing-masing agak sibuk, jadi bila ada waktu yang sesuai memang kami akan habiskan masa bercuti.

"Boleh dikatakan semuanya secara spontan, dia macam tiba-tiba terfikir nak travel, kemudian tempah tiket dan pergi. Lebih seronok redah macam itu sebab lebih mencabar," katanya kepada mStar Online.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi Azhar, 33, bernikah di TPC Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2017.

Bercakap mengenai karier seni, pelakon drama Jika Masih Ada Rindu ini memberitahu dia masih aktif dalam bidang lakonan.

"Soal lakonan, ya mungkin tak macam dulu back to back, tapi masih ada projek lakonan. Saya kena pandai pilih watak dan ikut kesesuaian sebagai seorang isteri," katanya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Siti Saleha


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi