suria

Apa nak buat dengan cerita artis curang?

SETIAP perkahwinan mungkin tak dapat lari daripada pasang surut dan masalah.

Kadang-kadang isu kecil yang pada logik akal bukanlah satu masalah pun boleh menjadi punca retaknya hubungan rumah tangga.

Jadi kalau hal remeh pun boleh dianggap besar, bayangkan jika sesuatu hubungan itu mula dingin dek kerana kehadiran orang ketiga.

Begitu juga yang berlaku kepada rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah.

Bukan sekali, tapi ini adalah kali kedua Aliff 'dikantoikan' bermain cinta dengan wanita lain di belakang Bella.

Rakaman CCTV yang tersebar menunjukkan Aliff dan Afifah berpegangan tangan sambil berjalan.

Kali pertama adalah pada 2017 ketika Bella yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka 'menyerbu' sebuah pusat karaoke ketika Aliff sedang 'enjoy' bersama pelakon Afifah Nasir.

Alhamdulillah, kes itu berjaya diselesaikan dengan baik dan rumah tangga mereka kembali ceria dengan kehadiran anak.

Namun nampaknya 'keinsafan' Aliff tak bertahan lama apabila dia sekali lagi mengaku mengulangi kesilapan lalu atau dengan kata lain - curang lagi.

Kali ini pelakon baharu, Oktovia Manrose menjadi pilihan Aliff.

Sebenarnya kes selebriti mencurangi pasangan mereka bukanlah sesuatu yang baru.

Mesej perbualan antara Bella dan seseorang yang mendedahkan mengenai suaminya, Aliff.

Walaupun ada antaranya tidak dibuktikan benar-benar curang kerana isu membabitkan mereka hanya timbul berdasarkan dakwaan pihak ketiga menerusi perkongsian paparan skrin perbualan mesej.

Pelakon Shukri Yahya dan Fizz Fairuz antara selebriti yang pernah didakwa terkait dengan isu mesej berbentuk godaan.

Harus diingat, isu curang bukan hanya tertumpu kepada kaum lelaki kerana hal ini tidak mengenal batas jantina.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya kesal apa yang terjadi, saya berasa sangat bersalah terhadapnya” - Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Along (Cham) tidak lagi dendam bekas isteri, hantar anak ke madrasah

Untuk rekod bekas peserta program Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron juga pernah mengejutkan banyak pihak selepas ditangkap khalwat ketika masih menjadi isteri pelawak Along (Cham).

Namun isu yang lebih besar ialah segala kontroversi yang berlaku membabitkan golongan selebriti ini tentunya menjadi perhatian orang ramai termasuk media.

Lebih parah dengan perkembangan media sosial, masing-masing bebas mengulas dan menyampaikan pandangan serta pendapat walaupun mungkin tidak mengetahui hujung pangkalnya.

Segmen Kenot Brain kali ini mengajak anda supaya berfikir dengan lebih rasional mengenai tanggungjawab anggota masyarakat ketika berhadapan isu-isu begini.

Aliff Aziz, Bella Astillah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi